Search

FEKAH HALAL & HARAM (SIRI 11)

Fekah Ter...

  • Share this:

FEKAH HALAL & HARAM (SIRI 11)

Fekah Terhutang Budi

Mungkin kita tidak sedari, banyak perlantikan & kenaikan pangkat dalam masyarakat dibuat bukan berdasarkan merit. Malah, kadang2 tidak ada perrimbangan kepada merit langsung. Not even close.

Jadi, apa sebab & alasan kepada promotion atau perlantikan ke sesuatu jawatan penting?

Di samping buli dan bodek (baca: mengampu), rasa terhutang budi menjadi penyebab utama. Amat mudah masyarakat kita terhutang budi. Tak salah kita rasa berterima kasih kepada orang yang menolong kita. Yang salah bila terhutang budi, rasa terpanggil nak balas jasa orang menggunakan kuasa dengan cara yang salah.

Yang salah juga, kita jadikan seseorang yang menolong kita sebagai seorang yang paling terbaik & paling layak dalam mana2 kenaikan pangkat atau perlantikan ke jawatan penting. Macam tiada orang lain lebih layak.

"Saya nak lantik awak jadi CEO sekarang kerana awak pernah tolong buka pintu kepada saya untuk jumpa boss awak dahulu. Ini pay back time," ujar seorang bos besar dalam membuat perlantikan seseorang di bawah bidangkuasanya. Siapa yang berani bangkang bos?

Yang lebih teruk lagi, seseorang yang pernah menolong seseorang akan sentiasa mengharap dia akan dibalas dengan layanan istimewa seperti kenaikan pangkat atau perlantikan penting. Bila dapat saja berita orang yang pernah ditolongnya jadi orang penting, dia akan cepat2 call atau whatsapp:

"Tahniah Tuan di atas jawatan. Jangan lupa saya nanti kalau ada peluang." Ini mesej biasa dalam masyarakat.

Apa hukum melantik seseorang atau memberi kenaikan pangkat hanya sekadar bagi membayar hutang budi & tidak berasaskan interview atau proses jawatankuasa pencalonan atau merit serta kredential? Apakah membalas budi orang lain boleh diterima sebagai syarat kelayakan dalam ajaran agama Islam?

Bagi saya, buli & bodek memang jijik. Tetapi sesuatu keputusan dibuat hanya disebabkan rasa terhutang budi lebih jijik. Najis & barah kehidupan organisasi.

Apa sandaran Syariah? Kalau al-Quran melarang membuat keputusan ke atas orang lain atas rasa kemarahan, secara sebaliknya, membuat keputusan secara terhutang budi juga tidak dibenarkan. Hancur kehidupan mulia.

#fekahhalalharam

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts